Dulu....
kau membahagiakan
menghiburkan
menggembirakan
seiap detik dan ketika.
kau sentiasa memberi kata-kata
semangat dan inspirasi.
Dulu....
kata-katamu cukup mempersonakan
menceriakan hati yang sentiasa resah
mengubati kepiluan di hati.
ada kalanya dulu....
hidupku sentiasa tenang
malah terisi dengan keriangan
yang tiada ternilai.
Malangnya kini....
kau bukan lagi seperti dulu
entah di mana silapku
kau tinggalkan aku kesorangan
dan kepian
dalam meniti opera kehidupan ini.
kini,
hatiku bertambah perit
sengsara tanpa kehadiran seorang teman
sukar melepaskan memori silam
untuk dijadikan kamus hidupku..
kau kata,
perjalanan hidupku selama ini
tidak banyak ujian dan dugaan
yang datang bersilih ganti...
membuatkanku berasa genit
dalam arus dunai yang mencabar ini
wahai teman,
sesungguhnya dirimu silap dalam mentafsir diriku...
kusangka,
dirimu sudah cukup matang
untuk mengetahui haluan hidup yang benar...
Namun,
baru ku sedari..
Sesungguhnya,
dikau hanya berpijak di atas alam fantasi dan impian semata-mata
tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain..
Teman,
tidak semua hal peribadiku harus kuceritakan kepadamu
malah,
aku tidak pernah menceritakan
tentang kisah lampauku
kepada sesiapa pun...
Hati ini sungguh terseksa
ketika daku berada di zaman kanak-kanakku,
segala-galanya memerlukanku untuk berdikari
berpijak di atas bumi yang fana ini
di awal usia yang muda..
aku dikeji!!!!
dihina!!!!!
dilemparkan degan kata-kata
yang bisa melukakan hatiku
dek kerana
aku tidak setanding dengan mereka
memeritkan lagi,
keluargaku sendiri seakan-akan memulaukanku...
pada dasarnya,
mungkin aku kelihatan seperti anak orang berada
yang serba cukup
dengan keperluan dan kehendak diriku...
tatkala aku memerlukan sesuatu,
hati ini lah yang menemaniku
membisik kepadaku
agar
keperluan dan kehendakku
harus dilenyapkan...
hancur luluh perasaanku...
tiada tempat mengadu...
hanya mampu diam membisu..
sesungguhnya,
aku tidak perlu mengemis
untuk merealisasikan keinginanku...
kadang kala,
butir-butir putih dengan sendirinya
membasahi pipiku.....
Tidak kupinta,
untuk menjadi seorang yang `cengeng'
telahku cuba
untuk menjadi seorang yang tabah..
Namun,
`sahabat setiaku' pasti akan membasahi pipi
untuk menyejukkan hati yang gundah gulana ini....
Duhai teman,
perjalanan hidup kita masih jauh lagi..
kita baru saja berjaya menempuh
segelintir daripada haluan hidup yang penuh onak yang berliku ini...
Sedarlah
Bangkitlah..
jangan dikau terus melemparkan kata
`kau tak banyak tempuhi cabaran hidup dalam hidup kau selama ni'
kepada orang lain
kata-kata itu sungguh berbisa,
amat memeritkan
wahai sayangku....
Bagiku,
lain orang,
lain cabarannya..
usahlah kita membandingkan tentang kesengsaraan kita dengan orang lain
kerana
ia dapat mncerminkan siapa dirimu yang sebenarnya...
1 comment:
olalalalalala~
bingkisan dr ati oi
Post a Comment