About Me

My photo
pasir gudang, johor, Malaysia
i just do what the voice inside my head tell me to do...so...let's do it..

Wednesday, July 13, 2011

segmen Pak Rodi


Ali mengurut tulang belakangnya, sakit dek kerana majlis resepsi dan pernikahan yang baru berlangsung sebentar tadi.

"Yang, urutkan belakang abang bleh ?"

"Nantila sekejap nak kemas rumah dulu ni"

************** 5 minit kemudian ******************

"Ayang dah solat belum ?"

"Belum la, abang dah solat ke ?"

"Belum jugak, jom la sama-sama kita solat.."

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Mak si Ali tertidur di bilik sebelah akibat kepenatan mengupas bawang dan melayan tetamu. Bapak pula sedang hisap rokok sambil layan karaoke. Masih ada lagi sedara mara yang sedang mngemas rumah dan bergosip tentang kawan-kawan mereka. Tak kurang juga makcik-makcik yang sedang mengelap peluh sambil membungkus makanan lebih untuk dibawa pulang.

Si Ali yang dah malas dan si isteri mula bersembahyang menggunakan persalinan baru.

"Cantik tak saya ?"

"Isteri abang mestilah cantik ! Comel tahu.. Geram kite tengok !"

"Lepas sembahyang ni la cik abang oi"

Si Ali mengangkat takbiratul ihram dengan penuh tajwid dan tarannumnya dan khusyuk mengadap tempat sujud.

Rakaat pertama, si Ali rukuk.. si Isteri kemudian rukuk..

Waktu rakaat pertama, si isteri menjerit dan kedengaran sehingga selang 10 buah rumah.

"AHHHHHHHHHHHHHHHH"

Si emak terjaga dari tidur lalu bersuara..

"Ali !!! Mak dah cakap suruh setart pukui 3 pagi !! Awat hang awai sangat !! Hang tau tak aku ingat gempa bumi tadi !!"

Tetamu sudah bertempiaran lari, habis bergegar seluruh isi rumah.

********** 30 minit sebelum itu ***********

Oleh kerana terlalu taksub melihat gubahan telekung, si isteri terus memakainya tanpa menghiraukan jarum yang dicucuk ada telekung tersebut. Jarum yang menyucuk amatlah sakit dibandingkan dengan terhiris tangan waktu potong bawang.

#Lain kali nak pakai apa tengok dulu la..
#Sori bro, gua tak kahwin lagi, dah kahwin gua cerita..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...