sekarang begini
nasibku sama tapi dengan orang berlainan watak
Kadangkala, ada ruang ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar.
Biar ia tertutup rapat.
Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya.
Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja.
Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin rutin tuntutan kehidupan melalui dosa dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri.
Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan.
Bukan harapan, tapi inilah persoalan.
Kalau dah bertemu dia
Bolehlah kau berpandangan jauh
Selagi belum bertemu dia
Kau patut berpandangan dekat
Dia di sini
Lihat dengan hati
Bolehlah kau berpandangan jauh
Selagi belum bertemu dia
Kau patut berpandangan dekat
Dia di sini
Lihat dengan hati
No comments:
Post a Comment