About Me

My photo
pasir gudang, johor, Malaysia
i just do what the voice inside my head tell me to do...so...let's do it..

Sunday, January 29, 2012

facebook aq, aq punye suke lah


FACEBOOK.
Aku tahu majoriti ada Facebook. orang kata siapa yang tiada Facebook itu kuno. but not for me. aku rasa siapa yang tiada Facebook itu sangat cool. aku sure sangat hidup orang sangat aman without Facebook.  Facebook aku down hari ni. aku rasa dia stress dengan aku sebab asyik update status je. haha. ok tak kelakar.

hari ni aku nak cerita tentang perihal di facebook. aku rasa mesti ramai yang terasa dengan entry aku kali ini. termasuklah diri aku sendiri. So aku minta maaf. dan aku juga tahu ramai orang mengamalkan sikap "facebook aku, suka hati aku lah nak buat apa." sumpah itu merupakan ayat yang paling annoying gila yang pernah aku jumpa. tapi tolong lah admit yang kadang-kadang tak semua apa yang kita buat itu orang suka.

MEDIUM PERGADUHAN


(SUMBER)
Facebook memang langsung bukan medium yang baik untuk melepaskan kemarahan. perkara itu mampu membawa pergaduhan. nanti mula la orang tu tanya orang ni tanya. kalau ada yang terasa itu mula la makan hati.nanti mulalah ada yang asyik naik status  memerli je. kalau yang matang tu memang la akan senyap. tapi yang tak matang tu memang konfem balas balek lah. benda boleh bincang. kau tak perlu nak beritahu kat dunia yang kau gaduh dengan kawan kau. padahal hal kecil cuma. sebenarnya orang tak peduli pun kau nak gaduh dengan siapa. mereka cuma nak nak ambil tahu dengan siapa kau bergaduh dan kenapa. itu saja.

DESPERATE

(SUMBER)
Aku suka baca status orang. tapi i will say no to status nak cari pasal dan juga status manusia desperate. Status tu juga tak perlu la kau nak desperate sangat nak ada pasangan kan. relax sudah. memanjang nak naik status yang orang tengok pun menyampah. orang nak like tu memang tak ada lah. mana taknya. antara status yang selalu aku jumpa "sunyi tiada orang nak teman' , "siapa nak teman saya tgk tv " , "bosan tiada orang nak kacau" , "ada sesiapa nak couple dengan saya? " . memang aku banned status macam ini. ada yang sampai aku hide semua status dia. status desperate tu semuanya sama. tak kisah pun kalau nak luah perasaan. tapi tak perlu lah ayat tu boleh mendatang rasa annoy pada manusia lain.

PENGGUNAAN BAHASA


(SUMBER)
Aku cukup tak suka bila orang naik status tapi aku tak faham langsung apa yang dia cuba sampaikan. puncanya penggunaan bahasa. aku tahu ramai blogger yang dah cakap pasal benda ini. please avoid bahasa 'mat rempit' (sini). kau tahu tak orang susah nak faham. apa salahnya kau taip bahasa melayu yang proper. i am not saying you are not allow to use any 'short form'. tapi guna la short form yang orang faham. tiada la nanti orang terkial-kial nak faham ayat kau tu.


UPDATE STATUS - LIKE DAN KOMEN
Aku juga suka naik status. most of my status datang daripada quotes yang aku rasa sesuai kalau aku kongsikan dengan member-member facebook aku. aku tak kisah orang nak 'like' ke tak nak. terpulang. tapi kadang-kadang aku pelik kenapa ada status dia cuma biasa je. setakat dia check in kat mana-mana tempat tapi yang 'like' lebih daripada 20 orang. berbanding pula status yang aku rasa mampu beri manfaat seperti post tentang keagamaan ke atau pun life and love quotes dapat hit yang sikit. sangat ketara. maaf, aku bukan jeles. aku cuma pelik. aku pernah issue benda ini kat Mr Ketot. dia cakap "Friends kau 2 3 ribu tapi yang like dan komen status kau tak sampai 100 orang pun." aku rasa ada betulnya. mungkin dia dapat like banyak macam itu sebab friends dia ramai. kan?

(SUMBER)

nak dapat 'like' and komen yang banyak 'like' dan komen status orang dulu. 
GAMBAR
(SUMBER)
aku tahu ini memang kegemaran sesiapa sahaja yang rasa diri dia tu gila tangkap gambar. aku tak kesah pun kalau kau nak tangkap gambar macam mana sekali pun. memang aku tak kisah. dulu facebook aku penuh dengar gambar budak-budak yang baru nak naik macam ini. lepas tu tag orang sana-sini. and suka sangat letak description "muka saya buruk" , " selekehnya muka aku" , "maaflah gambar kabur", " maaf gambar tak cantik" heh! aku tahu kau letak ayat-ayat macam ini sekadar nak perhatian daripada para facebookers untuk komen dan 'like' gambar kau. orang 'like' dan cakap kau comel atau cantik atau apa-apa ayat yang memuji hanya kerana mereka mahu terima kata-kata pujian yang sama daripada kau. itu realiti oke. bukan fakta semata. :)

please admit it.oh and, kau dah tahu gambar kau tu kabur dan tak cantik kenapa nak upload lagi? haih ' oh i just love attention'. huh. baiklah dik, akak tahu kau hot.* Dik, nanti kau dah umur baya-baya macam akak ni, dan masa itu kau akan nampak budak-budak bawah umur kau buat benda ini dan kau akan rasa annoying. macam itulah yang orang yang tengok gambar-gambar dengan description kau yang 'ala-ala' itu. 

INVITATION yang TAK BERAPA PANDAI

(SUMBER)
aku juga tahu kat facebook ni macam-macam game ada. tapi tak payah la nak send bagai game itu kat orang.sumpah aku tak suka gila invitation game yang ntah apa-apa kat facebook itu. sampai aku jadi geram kadang. bukan tak pernah cakap awal-awal jangan send invitation bangang macam itu. tapi masing-masing buat bodoh. aku tak main lah benda-benda itu semua. kalau aku nak main pandai-pandailah aku nak buka nanti. tapi tak payah invite-invite. aku block invitation yang ini datang pula invitation yang baru. haish!

FRIENDS & SUBSCRIBERS
Aku tahu lagi ramai kawan lagi bagus. tapi kalau kau nak kumpul ramai-ramai tapi kau tak bertegur sapa baik kau tak payah add dan juga tak payah approve friend request kau yang berlambak itu kan. buang masa je. siapa-siapa yang baru buka akaun facebook akan cari seramai kawan yang boleh. adik aku itu buka akaun facebook lambat sikit daripada aku. tapi friends dah beribu. mana taknya, anon pun dia approved juga. memang la friends kau banyak.

sekarang facebook dah ada public subscribers. maksudnya orang yang kau tak kenal pun boleh subscribe kau. dan dia juga akan update segala tentang kau. tapi benda ini memerlukan privacy setting. kalau kau on subscribers maknanya kau seakan tiada privacy lagi lah. dan segala friends request akan automatik jadi public subscribers korang.

SPAM & VIRUS
ini memang tak boleh blah. dan makin berleluasa dari hari ke hari. kadang-kadang aku takut nak tekan link-link yang ada kat Fb tu. yang paling latest aku dengar video lucah yang akan memaparkan muka korang sebagai pelakon utama. aduhai. macam-macam lah sekarang ini. lepas itu secara automatiknya dia akan post kat wall member-member yang lain. itu yang membuatkan aku berjaga-jaga kalau aku log in akaun aku. bahaya sekarang ini.

ini je yang aku dapat fikir sekarang ini. terasa ke? maaflah. please don't get me wrong. aku berkongsi pendapat je. aku pun ada terasa juga sikit-sikit. aku cuma nak cakap facebook ini laman sosial yang semakin bahaya kalau salah guna. guna lah elok-elok. tapi kalau kau masih nak mengamalkan "facebook aku,aku punya hal" lantak kau. tiada masalah. cuma janganlah tambah rasa menyampah kawan-kawan kau tu. sekian.


p/s : bg aq,, tak kire la kat facebook ke,, twitter ke, blog ke,, tagged ke,, myspace ke n etc,, fikir2 lah yg 1 dunie bace ape yg kau tulis..

4 comments:

Anonymous said...

btol....aq sokong........jadi tayahla na luah perasaan kt twitter sgt kan..hahaha^^

gee deluna said...

hahaha,, twitter kan tempat nak luahkan perasaan,, kw tak taw ke?? hahaha

Fazrin said...

kelass entri kau jah..hahaha :D

gee deluna said...

fazrin: ohh welll!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...