kita kenal, kita kawan, kita rapat
kita baik, kita bersama, kita bahagia
indahnya dunia
kaulah tempat untuk mengadu
kaulah tempat untuk berbicara
kaulah tempat untuk berjenaka
tapi
itu semua tidak akan kekal
pasti! seratus peratus pasti
suatu hari nanti
kau pasti tinggalkan aku
kau pasti lupakan aku
kau pasti tidak kenal siapa diriku
hadirku dalam hidupmu cuma seperti iklan di tv
pabila sudah habis kontrak, maka tiada lagi iklan itu
orang ramai juga akan lupa pada iklan itu
orang bersilih ganti
semuanya sama
tidak
aku tidak mengatakan bahawa kau, kau dan kau itu sama
tidak!!
cuma, berbeza dalangnya tapi situasinya seakan akan sama
ya!
aku sudah lali dengan ini semua
aku harap
kau mengerti
No comments:
Post a Comment